Khamis, 18 April 2013

Mudah matematik

Pelbagai kaedah matematik

RPH Matawang



Rancangan Pengajaran Harian


Mata Pelajaran                : Matematik
Kelas                              : Tahun 5 Efektif
Bilangan Pelajar               : 23 orang
Tarikh                                   : 4 April 2013
Masa                                    : 11.20 ~ 11.50 pagi (30 minit)
Tajuk                                    : Wang hingga RM100 000
Objektif                                : Penolakan melibatkan wang hingga RM 100 000
Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pembelajaran, murid dapat;
        Kognitif                : Menolak sebarang nilai  wang dalam ringgit dan sen dalam lingkungan RM 100 000
         Afektif                 : Memupuk sikap jimat cermat.
           Psikomotor        : Murid bekerjasama menyelesaikan soalan yang diberi.
Nilai                                      : Bekerjasama, patuh arahan, memberi tumpuan dan menghormati.
KBKK                                 : Teliti, menilai dan menjana idea.
Pengetahuan Sedia Ada:           i) Murid telah mempelajari tajuk wang semasa Tahun 4
                                                ii) Murid kenal wang dan nilainya.
                                               iii) Murid biasa berbelanja menggunakan wang.           


Fasa

Isi Kandungan

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Catatan

Set Induksi
(5 minit)
Menjana idea
-Mempamerkan sampul wang
-Bersoaljawab
-Mencatat jawapan murid.
-Memanggil dua orang murid kehadapan.
-memberi arahan.
-Mengaitkan situasi dengan tajuk.

-Memberi respon
-murid mengira wang didalam sampul.
-Seorang murid membeli barang disukai di hadapan kelas.

BBM: gambar, wang

Nilai: Berani, jimat.
Langkah 1
(10 minit)
Menolak sebarang nilai daripada sejumlah wang hingga RM 100 000
-Menunjukkan cara menulis dalam bentuk lazim.
-memberi soalan latihan.
-Menyemak jawapan.
-mengulang beberapa soalan lain.
1) RM 10 000.00 – RM 2 099.00 =  RM 7901.00


2) RM 25 488.37 – RM 1 550.00 = RM

-menjawab pantas di atas kertas.
-berbaris dihadapan kelas
-bersama menyemak jawapan.

1.       RM 10 000.00
-RM   2 099.00
 RM   7 901.00

2.       RM 25 488.37
-RM   1 550.00
 RM 23 938.37


Nilai:
Berhati-hati
Tertib
berani
Langkah 2
(10 minit)
Aktiviti berkumpulan Mencari perkataan tersembunyi berdasarkan hasil tolak wang.
-membahagi murid dalam 5 kumpulan.
-mengarahkan ketua kumpulan mengambil soalan.
-menerangkan cara aktiviti dijalankan.
-membincang jawapan setiap kumpulan.
- membentuk 5 kumpulan.
-ketua kumpulan mengambil soalan.
-membincang dalam kumpulan.
-membentang hasil aktiviti.
BBM:
Kertas soalan
Pen maker
Blue tack

Nilai:
Bekerjasama
Berkhemah
Berjimat cermat
Penutup
(5 minit)
Merumus semula pelajaran
-  Mencongak hasil tolak wang.
-  Mengedarkan soalan pengukuhan.
-memberi jawapan congak.
-menerima lembaran kerja.
BBM:
 lembaran kerja
Nilai:
Jujur
bertanggungjawab

                   

Ahad, 10 Mac 2013

Tentang saya

Saya bertugas di SK Parit 13, Sg Nibong dari tahun 2000 sehingga sekarang.

Asal usul nama      
Nama sekolah diambil sempena nama jalur perparitan dari kawasan Tanjung  Karang . Perparitan ini dikira dari Parit satu di sungai Sirih Tanjung Karang  hinggalah berakhir di kawasan Parit Cangkat Sungai Hj Dorani. Oleh kerana sekolah ini terletak di kawasan Parit 13 maka nama inilah diambil sebagai nama sekolah  . Iaitu
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 13
Keluasan sekolah lebih kurang 7 ekar dengan kawasan sekolah 4 ekar manakala selebihnya adalah kawasan sawah.
Sejarah Pengasas
En Mustafa bin Hj Zakaria dilahirkan pada tahun 1924 di Simpang 3 Rungkup Bagan Datuk , Perak . Berkahwin dengan Hjh Jamaliah dan dikurniakan 12 orang anak . 6 dari anaknya telah berjaya . Semasa hayatnya, beliau telah berjasa kepada kampungnya. Beliau adalah orang pertama yang menubuhkan SK Parit 13. Kembali kerahmatullah pada 26.2.1987.