Ahad, 10 Mac 2013

Tentang saya

Saya bertugas di SK Parit 13, Sg Nibong dari tahun 2000 sehingga sekarang.

Asal usul nama      
Nama sekolah diambil sempena nama jalur perparitan dari kawasan Tanjung  Karang . Perparitan ini dikira dari Parit satu di sungai Sirih Tanjung Karang  hinggalah berakhir di kawasan Parit Cangkat Sungai Hj Dorani. Oleh kerana sekolah ini terletak di kawasan Parit 13 maka nama inilah diambil sebagai nama sekolah  . Iaitu
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 13
Keluasan sekolah lebih kurang 7 ekar dengan kawasan sekolah 4 ekar manakala selebihnya adalah kawasan sawah.
Sejarah Pengasas
En Mustafa bin Hj Zakaria dilahirkan pada tahun 1924 di Simpang 3 Rungkup Bagan Datuk , Perak . Berkahwin dengan Hjh Jamaliah dan dikurniakan 12 orang anak . 6 dari anaknya telah berjaya . Semasa hayatnya, beliau telah berjasa kepada kampungnya. Beliau adalah orang pertama yang menubuhkan SK Parit 13. Kembali kerahmatullah pada 26.2.1987.